adsgoogle1

Monday, February 18, 2013

002 - Save Palestine Charity Ride 2013

Save Palestine Charity Ride 2013 @ Parit Yaani....17-02-2013

ni kira jamboree ke dua untuk tahun 2013 ni yg aku sertai....mengayuh sambil menderma ke Palestine untuk masyarakat Islam di sana yang berada dalam kesusahan...bersyukur la kita di Malaysia ni yang aman dan damai sejahtera dan tenteram...dapat berkayuh dengan hati yang senang...syukurrrr...Alhamdulillah. syukur juga kita masih diberikan kesihatan untuk berkayuh...hehe...ceramah lebih2 plak...

ok la berbalik kepada kayuhan kita...aku baru kayuh 8km, pooopppppsss....zuuussss, bunyik angin dan susu tubeless keluar dari tayar swalbe racing ralph aku tu, adusss...pancitttt....dan x seal...nasib la....angin pun abes, tolak la basikal aku tu...huhu, sedeyyy je, mental...

ini la kesudahannya...sekian. 
jumpe lagi di lain jamboree...
kat johor ni memang manyak jamboree, bersusunnn... ^_^v

Wednesday, February 13, 2013

11-02-2013 - Kayuhan dari Paloh ke Sg.Bantang, Bekok.

Ini kayuhan first time aku berkayuh bersama2 dengan gang Kluang Cyclist...hihi, perjalanan pergi 35km, balik 25km...jauh tu kayuh dalam 1 hari...sampai krem2 kaki...adoiiii...kasihan aku...dengan berat badan aku yang agak tinggi, sangat mencabar berkayuh jauh2 dan lama2 duduk atas beskal agak merimaskan punggungku ini, lenguh je rasa n sakit pinggang sikit...haha... ^_^. apa2 pun memang best, menarik dan mantap berkayuh dengan Kluang Cyclist ni, semua mantap2 kayuh walaupun ramai yang da tua2 belaka...haha...

Jom kayuh...starting depan Balai Polis Paloh. (pic credits: Kluang cycling activities)

Kayuhan 2013 yang ku sertai...1

Tahun 2013 memastikan bahawa aku masih terus berkayuh basikal MTB...belum sampai setahun aku join kayuh2 basikal ni pun... :-) Bulan Januari berlalu begitu saja tanpa ada apa2 jamboree yang aku sertai, Jamboree pertama tahun 2013 yang aku sertai ialah Kayuhan Kolej Komuniti Segamat pada 3 Februari 2013. Nak dijadikan cerita, itulah jamboree pertama aku berkayuh dalam hujan, kejap2 renyai dan kejap2 lebat ooo...mencabar mental dan fizikal, sejukkkkk....
Bergerak awal dari kampung halaman kluang ke segamat, dan tidur di rumah akak di Pulapol segamat, batu anam. Hehe.... Bangun awal pagi, hujannnnn....apa citer nak kayuh dalam hujan...sepanjang perjalanan ke kolej komuniti segamat, hujan x berenti...da nak start pun hujan lagi....akhirnya berkayuh la dalam hujan...sejukkk, licinnnn, lecakkkk...hehe..
Antara yang hadir ke kayuhan kolej komuniti tu, layan kayuh sejuk2...baru la mencabar katakan...hihi... (Pic credit to cycling malaysia).